SOALAN LAZIM
Jika anda mempunyai sebarang soalan.....
1. Apakah kelebihan projek pembangunan hartanah Sosnovkino terhadap projek-projek lain yang sama di rantau ini?
Di pasaran hartanah luar bandar Novosibirsk, sama seperti kebanyakan di Rusia, pendekatan sistemik terhadap pembinaan penempatan kampung belum lagi dibentuk selama 15 tahun bersama kewujudan undang-undang tanah dan institut pemilikan swasta tanah plot. Secara umum, kebanyakan penempatan kampung di pinggir bandar Novosibirsk telah dicipta secara tidak teratur. Pemaju membeli plot tanah daripada petani dan menukar tujuan yang ditetapkan melalui pegawai negeri. Kemudian, mereka membina komunikasi di sana dari peringkat demi peringkat dengan menggunakan wang yang diperoleh dari penjualan tanah (kadang-kadang ia mengambil masa hingga 5 tahun untuk melakukannya kerana projek ini membutuhkan modal yang besar). Disebabkan oleh unsur ketiadaan infrastruktur yang diperlukan, pembeli teragak-agak untuk membeli plot manakala pemaju menghadapi masalah kewangan untuk membina semua komunikasi yang diperlukan di seluruh wilayah penempatan dalam tempoh yang singkat.

Projek Sosnovkino membayangkan pembinaan semua rangkaian kejuruteraan dan jalan raya di seluruh wilayah penempatan dapat diselesaikan dalam masa dalam tempoh 1 tahun kalendar jika dana yang diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan telah tersedia. Dengan bantuan ICO, kita boleh membina infrastruktur tanpa masalah dan menjual semua plot kepada pembeli akhir dalam masa yang singkat lalu menghasilkan keuntungan dengan cepat kerana terdapat defisit hartanah luar bandar yang dilengkapi dengan infrastruktur berkualiti tinggi dalam pasaran hartanah Novosibirsk.
2. Adakah terdapat tanah yang sama dengan harga yang lebih rendah di pasaran?
Tidak ada sebarang nisbah kualiti yang setanding dengan harga di pasaran hartanah Novosibirsk. Sebagai peraturan, semua wilayah yang terletak di lokasi yang strategik dan bermanfaat serta dilengkapi infrastruktur yang maju telah diwujudkan pada zaman Kesatuan Soviet. Walaupun terdapat bangunan yang kelihatan usang sekarang, kos plot di kawasan tersebut adalah beberapa kali lebih tinggi daripada yang lain. Perkampungan kontemporari tersebut sama ada tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap atau tidak menawarkan rumah siap pakai kepada pembeli mereka. Kos minimum plot berhampiran kami adalah kira-kira $ 8,000 bagi setiap 1,000 m2 (tanpa sistem kumbahan pusat, saluran paip gas, atau jalan asfalt).
3. Adakah terdapat keperluan untuk produk ini?
Novosibirsk adalah bandar terbesar di Siberia, bandar ketiga terbesar berdasarkan populasi di Rusia (kira-kira 2 juta orang). Novosibirsk adalah pusat pentadbiran rantau Siberia di mana 80% daripada semua sumber asli yang dieksport oleh Rusia merupakan hasil lombong negara sendiri.

Memandangkan hak pemilikan tanah di Rusia hanya diperkenalkan 15 tahun yang lalu, pasaran tanah hanya mendapat momentum setakat ini.
4. Berapakah jumlah pelaburan yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini?
Kita memerlukan jumlah tetap sebanyak $ 2,700,000. Kami telah terlibat dalam perniagaan ini selama 10 tahun dan lebih, kami membuat pengiraan tepat berkenaan dana yang diperlukan untuk pelaksanaan projek ini sebelum ICO dimulakan. Anda boleh mendapati semua pengiraan, kos anggaran kerja dan model kewangan dalam pelan perniagaan kami.
5. Kenapa bukan pelaburan di bank?
Ini bukan projek pertama kami dan kami tahu bahawa projek-projek tanah sangat menguntungkan dengan pendekatan yang betul. Jadi, faktor yang paling penting adalah ketepatan masa pelaburan dalam projek-projek sedemikian. Sudah tiba masanya kita menggunakan teknologi baru untuk melabur. Projek ini akan menggabungkan industri pembinaan dengan teknologi kewangan moden.
6. Siapa yang layak menjadi pelabur?
Sebagai peraturan, pelaburan dalam industri pembinaan sama ada boleh dibuat oleh syarikat besar atau oleh peserta kecil dalam pasaran yang ingin membeli hartanah di rantau tertentu.

Idea utama adalah untuk melancarkan kempen crowdfunding (urun dana). Kami akan mewujudkan peluang bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat pelaburan tanpa mengira tempat kediaman atau kewarganegaraan mereka, projek ini semata-mata bertujuan mendapatkan keuntungan. Berbanding dengan pelaburan biasa, sifat prosesnya agak berbeza di sini. Kepentingan pelabur adalah sama dengan pemaju - untuk menyiapkan pembinaan dengan secepat mungkin dengan mengekalkan kualiti yang tinggi, dan mempercepatkan penjualan supaya dapat keuntungan maksimum yang mungkin.
7. Bagaimana pelabur dapat terlindung daripada risiko?
Kami memberikan token digital kepada para pelabur, ini adalah sejenis aset digital yang dijamin oleh sebidang tanah dan kami menetapkan aset tersebut sama seperti saham. Selepas melabur, wang itu dipindahkan kepada syarikat Rusia dari Yayasan asing sebagai pinjaman, maka pelabur akan menjadi pemegang saham syarikat Rusia sebanyak 70%. Pinjaman ini adalah jaminan pulangan dana dan mendapatkan pendapatan pelaburan. Plot tanah yang dimiliki oleh syarikat akan dibebankan oleh pinjaman ini. Dengan cara ini, setiap pemegang token digital dapat dilindungi. Yayasan Sosnovkino boleh membentangkan dokumen yang menjamin dan mengesahkan kepada pemegang yang bersetuju untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka. Organisasi akan menjalani audit setiap setengah tahun, semua laporan perakaunan akan diterbitkan manakala pemegang token akan mengambil keputusan mengenai isu-isu utama dalam organisasi yang disebabkan oleh Teknologi Mengundi Blockchain. Terdapat kamera pengawasan video yang dipasang di tapak pembinaan: setiap pelabur akan dapat memerhatikan tahap kerja-kerja pembinaan. Jika seseorang mahu tarik diri dari projek ini, beliau boleh melakukannya pada bila-bila masa.
8. Kenapa anda harus menggunakan Yayasan pelaburan asing?
Penjualan mata wang Crypto (Cryptocurrencies) adalah dilarang di wilayah Rusia.Oleh sebab itu, proses membeli dan menjual mata wang crypto akan dijalankan di Kepulauan Cayman. Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Sosnovkino, dan kemudian dipindahkan ke dalam akaun syarikat kami di Rusia di bawah perjanjian pinjaman. Yayasan di Kepulauan Cayman akan memiliki 70% saham syarikat Rusia.
9. Berapa banyak masa yang diperlukan untuk mendapatkan pulangan pelaburan?
Kami merancang bahawa pelaburan akan dibayar sepenuhnya dalam tempoh dua tahun. Setelah selesai ICO (ia akan mengambil masa selama sebulan dan selesai pada bulan Ogos), jika crowdfunding berjaya, kami akan meneruskan pelaksanaan projek ini. Pembinaan semua rangkaian kejuruteraan dan jalan raya akan mengambil masa kira-kira satu tahun dan akan siap pada Oktober 2018.

Kami akan mula menjual plot kepada pemilik muktamad pada Disember 2017 tanpa menunggu persiapan pembinaan infrastruktur. Walau bagaimanapun, sebahagian besar jualan akan bermula selepas kerja-kerja selesai. Kami menjangkakan untuk menjual paling banyak plot tanah pada Oktober 2019. Dengan had masa jualan ini, keuntungan pelaburan akan melebihi 300%. Pulangan pelaburan akan dilakukan setiap suku tahun bermula pada Oktober 2018.
10. Apa yang perlu anda lakukan jika anda tidak dapat mengumpul jumlah wang yang diperlukan melalui ICO?
Jika kita tidak dapat mengumpul wang yang cukup atau dana yang dikumpulkan terlalu sedikit, kita akan mengembalikan wang itu. Jumlah tetap yang kami perlukan untuk projek itu adalah sebanyak $ 2,700,000.
11. Kenapa anda memutuskan untuk menggunakan kaedah ini untuk menarik dana yang tidak biasa digunakan dalam sektor pembinaan?
Melalui pendekatan yang betul, wang yang boleh diperoleh daripada projek-projek desa atau pinggir bandar kadang-kadang akan lebih banyak daripada apa yang dibuat oleh kebanyakan syarikat berteknologi. Unsur yang paling penting adalah mengatur segala kerja dengan tepat pada masanya untuk mendapatkan keuntungan dan menyerahkan produk berkualiti tinggi kepada rakyat. Memandangkan pasaran hartanah di rantau Rusia hanya wujud sejak 2001 dan kami mempunyai banyak projek yang keberuntungan tinggi yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Oleh sebab itu, tidak munasabah untuk menjalankan proses pembiayaan jangka panjang yang rumit melalui bank atau untuk menyimpan dana kami bagi merealisasikan projek-projek sebegini.

Kita semua tahu bahawa teknologi blockchain adalah selamat dan telus bagi pengguna. Setiap pengguna boleh melihat apa yang telah dijual dan dibeli. Pendapatan akan dibahagikan ke dalam dompet yang berasingan. Semua urus niaga dipantau dalam mod masa sebenar.
12. Kenapa projek anda lebih baik daripada analognya?
Tidak ada projek pelaburan sebegini sebelum ini, kami adalah pengasas dalam industri ini yang menarik pelaburan dengan menggunakan ICO. Terdapat projek ICO lain yang dapat keuntungan yang sama dengan cara permulaan yang berbeza tetapi satu-satunya jaminan kejayaan mereka adalah beberapa idea atau kemahiran. Cara-cara tersebut adalah berisiko tinggi untuk pelabur. Tambahan pula, kita sudah mempunyai aset sebenar sebagai jaminan kepada pelabur. Selain itu, projek ini sangat menguntungkan.
13. Kenapa anda menggunakan ICO apabila mempunyai keuntungan sedemikian?
Ini bukan satu-satunya projek kami dalam bidang ini dan sumber untuk pelaksanaan semua projek kami adalah terhad. Kami telah membeli plot tanah dengan wang kami sendiri tetapi pelaksanaan projek itu masih memerlukan dana sebanyak $ 2.7 juta lagi. Kami tidak akan dapat membina rangkaian di bahagian-bahagian atau untuk menjimatkan wang untuk pembinaannya kerana pembinaan perlahan yang mahal. Justeru, sudah tentunya kami amat berminat untuk mendapatkan keuntungan dengan secepat mungkin. Sedangkan anggaran keuntungan projek yang tinggi, lebih baik bagi kita untuk menggunakan prinsip-prinsip ICO untuk melaksanakan projek dalam masa yang singkat. Kemudian itu, kami dapat meneruskan projek baru dengan menggunakan ICO supaya mendapatkan lebih banyak keuntungan pada akhirnya kerana perolehannya yang baik.